Isnin, 31 Disember 2012

ENJAK WAKTU

Saban hari...waktu berputar..beredar dan berlalu.. Bilah-bilah hari yang berganti terasa begitu pantas. Tahun 2012 sudah tiba ke penghujungnya. Dalam masa beberapa jam lagi, kita bakal menjengah ke tahun baru.

Sepanjang 2012, banyak kenangan dan peristiwa yang berlaku. Berkumpul dan bercuti bersama keluarga tercinta dan juga keluar berhibur bersama teman-teman. Biarpun saban hari hati ini menganyam rindu, tetapi hidup ini perlu diteruskan. Senyuman perlu diukirkan dan wajah perlu diceriakan. Biarpun ada yang salah membuat tanggapan, aku hidup hanya sekadar untuk bersenang-senang, tiada masa depan dan tak pernah memikirkan erti kesengsaraan. Kalian salah membuat tafsiran duhai teman. Hidup aku adalah sebuah perjuangan, punya matlamat untuk direalisasikan. Hidup aku penuh bunga-bunga angan dan impian...punya cita-cita dan perancangan. Mungkin  kalian tidak tahu..setiap tahun, azam-azamku tercapai. Lihat...aku bukan hidup dengan tangan kosong, sepak kertas sana sini. Kehidupanku penuh pengertian dan pengisian. Dan detik ini, aku sedang membina kolong-kolong azam tahun baru untuk dipenuhkan sebelum tahun  2013 melabuhkan tirainya pada Disember tahun hadapan.
 
Enjak waktu terasa laju. Maka aku harus mencerna idea dangan lebih laju, agar artikel bongsu di tahun 2012 ini berjaya dimuatkan ke dalam blog kesayanganku sebelum tahun baru mengusir tahun lama. Ya..kenangan di tahun ini...pasti menjadi kenangan yang terindah...yang teristimewa untuk dikenang. Apa yang aku hajati telah aku temui. Kenangan bekerja berpasukan bersama group teater Bakawalee terlalu indah untuk dikenang. Persahabatan ibarat sebuah persaudaraan. Hasilnya, pementasan teater Cumbuan Dosa Semalam berjaya dipentaskan selama empat hari berturut-turut. Inilah lakonan pertamaku. Biarpun getar debar berkecamuk di dalam dada ketika itu, aku cuba selambakan di hadapan penonton. Andai cela persembahanku, maafkan aku.
 
Ya...nampaknya tahun 2012 tetap akan pergi meninggalkan kita. Tidak terhalang dan takkan mampu ditahan. Hati terpaksa merelakan, jiwa terpaksa menyiakan. Patah tumbuh hilang berganti. Moga-moga, tahun baru bakal memberikan sinar baru. Yang pastinya...tahun hadapan bakal memberikan aku sebuah kehidupan baru. Bergelar insan baru, menggalas tanggungjawab baru di samping insan yang bakal mengajar aku meniti gerbang kehidupan yang baru. Insyaallah...semuanya dengan izin Allah.
 
Sekian...selamat tahun baru Malaysia!!!
 
 
~Mieya Kasih~

Sabtu, 15 Disember 2012

Bila Si Dia Mahukannya...

                                                
  
Buah hati aku...sayang cinta aku dah tamat belajar pada awal Disember. Alhamdulillah...aku harap dia dapat keputusan yang cemerlang. Buah hati aku bakal masuk kerja pada 17 Disember. Semoga rezekinya bertambah dan semoga dia dapat bekerja dengan baik.

Suatu hari, aku berbual di telefon dengan buah hati aku. Lepas tu...dia buat satu permintaan. Katanya, aku mesti call dia setiap hari, pukul 6 pagi, untuk kejutkan dia pergi kerja. Hhhmmmm....dia mahukan begitu. Kenapa ya?
 
Baiklah...kalau itu yang dia mahu, aku turutkan saja. Kan aku sayang dia. Tak mengapalah, sekurang-kurangnya, sebelum pergi kerja dia mesti dengar suara aku dulu. Tak banyak, sikit pun dia mesti teringatkan aku di tempat kerja. Kan bagus macam tu.. Nak bermanja sebelum ke tempat kerja ek? He he hee...
 
Sudah enam tahun kami bercinta. Cinta jarak jauh. Jarang berjumpa...jarang keluar bersama. Syukurlah, hubungan kami kekal sampai ke hari ini. Harapan aku, biarlah suatu waktu nanti, akan ada ikatan di antara kami. Dan biarlah jalinan kasih kami berkekalan buat selama-lamanya. Amin.
 
Mieya Kasih

Jumaat, 14 Disember 2012

Undangan Tak Terduga

Suatu hari, aku membuka notebook seperti biasa. Semestinya aku buka facebook dulu. Baca tu...baca ni...main game... Belek punya belek, aku sedar yang ada undangan untuk aku, dan semestinya ini bukan undangan kenduri kahwin yang kadang-kadang aku sendiri tak kenal siapa pengantinnya.
 
Ya...undangan sebeginilah yang aku nanti-nantikan selama ini. Undangan untuk menghadiri ujibakat teater. Yes!!! Aku rasa nak melompat sampai ke langit ketika tu. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan aku. Andai masa bisa diputar, masa tu juga aku nak lajukan masa supaya terus sampai ke tarikh ujibakat yang dinyatakan. Tak sabar...tak sabar...tak sabarrr....!!!!
 
 Dalam sabar tak sabar tu...aku tak duduk saja. Sebab aku memang dah tak boleh duduk diam. Kalau boleh masa tu juga aku nak pegang skrip. Tangan aku dah gatal. Okey...bertenang...bertenang. Aku buka google. Aku nak tahu lebih lanjut menngenai tajuk dan jalan cerita teater yang dinyatakan. 'Cumbuan Dosa Semalam', aku taip kat google. Aku cari, aku baca semua artikel yang berkaitan. Kemudian baru aku faham, cumbuan yang dimaksudkan bukanlah cumbuan sebenar. Ianya ibarat gambaran terhadap dosa-dosa yang pernah dilakukan, ibarat imbauan atau sapaan dosa-dosa semalam.
 
Cumbuan Dosa Semalam merupakan gabungan empat cerita pendek yang disatukan dalam sebuah teater, sebuah pementasan. Sedikit sebanyak, aku dah tahu mengenai teater ini, sebelum aku menghadiri ujibakat. Sekurang-kurangnya, kalau kat dalam bilik ujibakat nanti, diorang tanya, apa yang anda tahu tentang cerita Cumbuan Dosa Semalam, aku dah boleh petik jari, dah boleh jawab soalan tu senafas jer..chewah!
 
Setiap hari, aku membilang detik dan waktu. Kadang-kadang tengok handphone, kadang-kadang tengok kalendar, kadang-kadang buka facebook dan baca balik undangan tu. Aku takut terlepas, takut terlupa nak pergi dan bila sedar semuanya dah terlambat. Tidak, tidak! Aku kena check tarikh betul-betul, tengok kalendar betul-betul. Jangan silap hari, jangan terlepas. Peluang sebegini aku takkan lepaskan. Orang selalu cakap, peluang hanya datang sekali. Kalau peluang ini cuma sekali, aku takkan lepaskan.
 
Insyaallah.
 
Mieya Kasih
 

























 
 
 
 

Khamis, 13 Disember 2012

Di Sini Bermula...

Aku memang minat seni. Dah lama aku minat seni...rasanya dari kecik kot.. Sebab kecik2 dulu, aku suka baca sajak sorang2 kat rumah. Kadang-kadang baca pantun...syair. Sampaikan abang aku tegur...bising la, apa la. Nasib baik mak aku cakap,
"Xpe la..kalau dia minat camtu, kalau dah itu kebolehan dia, biarla..." Minat? Hehe...time tu baru aku sedar yang ini memang minat aku. Terima kasih mak...

Bila usia aku dua belas tahun, aku cuba-cuba tulis sajak sendiri. Ada masa terluang je, aku tulis sajak. Sikap aku ni berlarutan sampailah ke bangku sekolah menengah. Kali ni lagi teruk, asal cikgu xde dalam kelas je, aku tulis sajak. Kadang-kadang tu cerpen, kadang-kadang novel. Nasib baik, kawan-kawan aku masa tu suka baca karya-karya aku. Malah, diorang beri sokongan. Terima kasih sahabatku... Dan terima kasih juga buat cikgu-cikgu yang pernah memberi peluang untuk aku deklamasikan puisi di perhimpunan, atas pentas, dalam dewan, masa time sekolah dulu. Peluang-peluang sebegini yang memberikan aku keyakinan bahawa aku boleh lakukan apa yang aku mahu.
 
Usia semakin meningkat. Alam remaja menuju kemuncaknya. Di usia lapan belas tahun, ada seorang kawan aku sarankan aku join kumpulan teater. Aku ajak adik aku sekali, tak sangka dia pun minat juga. Time ni...aku rasakan dunia ibarat syurga. Segalanya indah. Seolah-olah, impian aku telah tercapai. Ya...inilah impian aku. Inilah jiwa aku. Segalanya serasi dan sebati. Banyak juga ilmu yang aku pelajari. Banyak pengalaman yang aku kutip. Hampir setiap hari kami berlatih, tetapi di saat-saat akhir, persembahan tidak dapat dilakukan atas beberapa masalah dan halangan yang yang tidak mampu dielak.
 
Tak sangka, 'jodoh' kami juga tidak lama. Entah dimana silapnya, kumpulan kami seakan-akan berkubur begitu sahaja. Tidak mengapa, mungkin ini dugaan buat kami. Biarpun aktiviti kami terhenti, namun minat aku terhadap seni tidak akan mati. Takkan mati!
 
Aku percaya...jalannya pasti ada...suatu hari nanti.
 
 
                                            
 
Mieya Kasih

Sabtu, 1 Disember 2012

10 Helah Mendidik Anak Kecil Menggosok Gigi

 
 
Anak-anak paling mudah dilentur sewaktu usianya masih bayi. Apa yang diamalkan setiap hari pada usia mentah ini akan menjadi tabiat seiring dengan perkembangan usianya. Pasti tidak semua kanak-kanak gemar menggosok gigi. Berikut merupakan 'helah' yang boleh dipraktikkan terhadap anak-anak kita.
 

Helah 1
Sejak usia bayi, biasakan mengelap batas gusinya menggunakan tuala basah dengan lembut selepas menyusu. Ia bertujuan mengelakkan sisa susu tertinggal di dalam mulut yang kemudian akan berlendir dan mengembang.
 
 

Helah 2
Pada usia mereka mencecah tiga tahun, perkenalkan mereka dengan berus dan ubat gigi kanak-kanak. Tetapi pastikan ibu atau penjaga yang menggosok gigi kanak-kanak bagi memastikan gigi kanak-kanak digosok dengan baik dan dapat mengelakkan kanak-kanak memakan ubat gigi.
 

Helah 3
Kebanyakan ibu bapa mengambil posisi di hadapan kanak-kanak ketika menggosok gigi mereka. Teknik ini sebenarnya salah. Untuk lebih berkesan, ibu bapa harus berada di belakang kanak-kanak, sambil memegang tangan anak dan menunjukkan cara membersihkan lidah dan memberus gigi yang tepat.



Helah 4
Didik anak-anak menggosok gigi mengikut jadual setiap pagi dan malam. Pastikan ibu bapa juga menjaga gigi dan sebaik-baiknya lakukan rutin ini bersama anak-anak.

Helah 5
Pilih berus gigi dan ubat gigi yang sesuai mengikut peringkat usia dan pastinya berus gigi berwarna-warni menyemarakkan semangat mereka untuk memberus gigi.


Helah 6
Bawa anak-anak berjumpa doktor gigi seawal usia tiga tahun. Jangan tunggu sehingga giginya sakit kerana ia akan meninggalkan 'pengalaman ngeri' apabila berhadapan doktor gigi. Lawatan pertama tanpa kerosakan akan membuatkan dia suka dan menyenangi doktor gigi.
 
Helah 7
Jika kanak-kanak menikmati makanan manis, ajar mereka menggosok gigi selepas makan atau minum.
 
Helah 8
Ajar anak anda memilih snek yang kurang gula. Makanan yang manis elok diberi selepas waktu makan dan bukan antara waktu makan.
 
Helah 9
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan masalah ggi. Antaranya adalah pembrsihan gigi yang tidak betul sehingga menyebabkan kewujudan plak atau lendir selaput gigi yang mengakibatkan gigi cepat rosak. Justeru, pembersihan efektif dan teknik yang betul sangat diperlukan.
 
Helah 10
Kerosakan gigi susu yang menyeluruh dan reput disebabkan tiada tabiat menggosok gigi sejak kecil. ini ditambah pula dengan tabiat memakan makanan yang terlalu banyak kandungan gula tanpa pembersihan gigi selepas makan.
 
 
Gigi yang cantik dapat membentuk senyuman yang indah. Didiklah anak-anak menjaga gigi dengan baik kerana hanya senyuman yang kita inginkan menghiasi wajah comel mereka. Sekian.
 
 
Sumber:
 
Majalah Nur.

Selasa, 20 November 2012

KUDA oH KUDA

Farhan dan Farina menyambut hari lahir serentak. Jiran mereka, Salman telah menghadiahkan setiap seorang seekor kuda padi sebagai hadiah hari lahir. Jadi, Farhan dan Farina berbincanglah bagaimana untuk membezakan kuda mereka. Mereka risau jika tertukar kuda tersebut.
"Baiklah, biar aku potong ekor kuda aku. Nanti senang ingat, yang ekor pendek ini bermakna kuda akulah!" ujar Farhan dengan bangga.
Cadangan tersebut serta merta dipersutujui Farina. Namun tidak lama kemudian, ekor kuda Farina pun terpotong sama. Sekali lagi, mereka duduk berbincang bagaimana untuk membezakan kuda mereka.
Akhirnya, dua beradik itu sepakat membawa kuda mereka berjumpa seorang pakar kuda untuk mencari perbezaan. Setelah memeriksa kuda-kuda itu, pakar kuda pun berkata,
"Senang je nak bezakan kuda-kuda kamu ni. Kuda putih biasanya lebih tinggi sedikit daripada kuda berwarna hitam!"
(`v`) (`v`) (`v`)
 
    
 
 
~> ~> ~> Aaiiyaaa....putih dengan hitam pun tarak buleh beza ka...???
 
 
Sumber sebenar,
Majalah Mastika.



Ahad, 14 Oktober 2012

Menghijau Di Hari Sabtu

 
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Lama benar rasanya tidak menulis di lawan sesawang ini. Di ruangan blog yang aku sayangi ini. Bercakap tentang hijau, mari kita imbas sejenak pengertian di sebalik warna hijau. Hmmm...warna hijau sebenarnya membawa maksud ketenangan, kedamaian dan keremajaan. Mata yang letih akan kembali segar bila kita merenung ke arah objek yang berwarna hijau. Pohon-pohon nan menghijau dapat mengembalikan kesegaran buat kita dan sekaligus menimbulkan mood ketenangan.
 
Seawal pagi Sabtu, aku bangun dan bersiap-siap untuk ke kuliah. Sengaja aku pilih warna hijau. Bukan ada niat atau maksud apa-apa pun...sesaja jer. Tak salah kalau kita mencuba pelbagai warna dan sesekali cuba lari dari kebiasaan kan. Iyerlah...kan hampir setiap hari aku pakai baju hitam...hitam...hitam...dan hitam. He he hee...hitam kan menawan. (O_o) Jadi, sengaja aku menghijaukan diri di hari Sabtu.

 
 
 
 
Lepak depan library jap... (^u^)
 
 
 
Psstt... actually x bole nak masuk library coz terlupa bawak kad matrik. Huaa...hua huaaa....! (@_@)
 
 
Hijau ohh hijau... Buku nota pun hentam colour hijau. ('v')
 
 
Alamak...beg pun hijau! Ish...ish... (',')
 
 
Inilah dia bangunan Perpustakaan Hamzah Sendut. Best tau kat dalam library ni. Kali pertama melewati bangunan ini, ketika aku masih di bangku sekolah menengah lagi. Time tu, aku ikut rombongan sekolah buat lawatan ke USM. Cikgu2 nak bagi semangat kat kitorang yang bakal menghadapi exam. Aku ingat lagi, time tu, dengan memakai uniform sekolah, aku dan rakan2 sekelas lalu kt depan library ni lah. Aku ingat, aku nampak bangku panjang kat depan library, ramai student yang wat ulangkaji kt situ. Masing2 tekun menelaah dan berbincang sesama mereka. Ada student yang tengah simpan barang dalam locker kt depan library tu. Aku kagum seketika dengan situasi tersebut. Dan dalam diam, aku memasang tekad. Suatu hari nanti, aku juga akan bergelar pelajar di universiti ini. Aku tanam tekad itu dalam hati dalam-dalam. Agar tekad itu sebati dengan azam dan cita-cita aku. Alhamdulillah, hari ini, aku benar-benar bergelar pelajar di Universiti Sains Malaysia. Syukur padamu Ya Allah. Kau mendengar permintaan hambamu ini. Alhamdulillah. (v_v)
 
 
 
Ok ok...kuliah dah...mamam dah...lepak2 dah...semua dah.. Hmm...dah pukul lima, kuliah pun dah habis. Sudah penat seharian menghijaukan diri di hari Sabtu. Masa untuk pulang ke rumah! Bye semua...! Daa... ('v*)p
 

 
 
 

Ahad, 2 September 2012

Al~kisah Sambal Belacan (~_~)

Assalamualaikum wbt..

Ini kisah sambal belacan. Apa itu sambal belacan? Semestinya ada belacan dalam sambal tu kan...ehee... Baiklah, sambal belacan merupakan sejenis makanan melayu yang kebiasaannya dicicah dengan ulam-ulaman. Kalau ada sambal belacan, pasti selera makan kan bertambah. Lagi pedas, lagi sedap!
 
Bercerita mengenai sambal belacan, sebenarnya ada kisah berkaitan sambal belacan yang terjadi kepada diriku baru-baru ini. Kisah yang ohh....'membengangkan' pun ada. Memang rasa nak marah... (0_0) Grrrr....! Marah tau!
 

Ok...ok...ini kisahnya. Suatu malam, dalam perjalanan pulang dari Perlis ke Penang, aku dan keluargaku singgah makan malam di sebuah kedai makan yang terletak di sebelah negeri utara. Melihatkan kedai tersebut memang terasa nak singgah. Berhias cantik bagai, lampu sana lampu sini, siap ada pondok-pondok romantik yang samar-samar cahayanya. Fuuiiiiyoooo.....

Lalu kami sekeluarga memilihlah sepondok romantik untuk menikmati makan malam yang enak. Bila emak pesan ayam goreng kunyit, kami sekeluarga ikut memilih menu yang sama. Dan aku...tetaplah memesan sambal belacan sebagai pelengkap hidangan. Adik aku pula pilih minuman oren susu.

Bila pesanan sampai, kami makan lambat-lambat sebab menanti sambal belacan yang dipesan. Adik aku lagilah, oren susu dah bertukar jadi carrot susu. Memang dia tak lalu nak minum. So, minta tukar kepada minuman yang sebenar. Dan kami pun meneruskan makan malam yang lambat-lambat sebab tunggu sambal belacan. Last2...habis makan sepinggan, sambal belacan tak sampai, oren susu pun tak sampai. Memang keciwa yang amat sangat. Keciwa...keciwa...

Sekali lagi peristiwa yang hampir sama menimpa diriku. Kali ini, aku dan sang arjunaku, yakni kekasih hatiku bersiar-siar di ibu kota. Ha ha...! Penat berjalan, buah hatiku memilih sebuah gerai masakan tomyam untuk dinner kami. Lalu si dia memesan ayam goreng kunyit, tomyam, telur dadar dan paling penting, seiya sekata kami memesan sambal belacan!

Ok, pesanan dah sampai. Ada tomyam...nasi putih...ayam goreng kunyit... Nyam nyam...tak sabar nak makan. Oppsss...kejap. Mana telur dadar dengan sambal belacan? Larrhhh.... ('o') Dan kami berdua pun makanlah bersama-sama sambil menanti menu yang selebihnya sampai ke meja. Tunggu punya tunggu, makan-makan, minum. Makan-makan, minum. Habis... Telur dadar dengan sambal belacan mana...???? Arrghhh!!! Keciwa lagi...keciwa lagi... Awat ni??? (@_@)

Ya...itulah kisahnya sambal belacan. Nampaknya lepas ni, kalau nak makan kat luar, kena bawa bekal sambal belacan sendiri kot.. (*,*) Lepas tu bawa petai, ulam-ulam semua ek? Kalau iya pun tak ada sambal belacan, habis ke hapa...kenapa tak cakap? Bukan tak boleh beritahu kat customer baik-baik, sambal belacan dah habis, telur dadar pun dah habis... (^_^) Janganlah buat pelanggan ternanti-nanti. Jadilah peniaga yang berhemah.




-Sambal belacan....dapp...dapp...dappp-
 
 
Sekian,
 
Hantu Sambal Belacan.
 

Ahad, 8 Julai 2012

~Warna di Bibirmu~

Apakah warna bibir anda hari ini? Merah? Jingga? Coklat? Atau merah jambu? Setiap wanita pastinya gemar mengoleskan bibir mereka dengan warna-warna kesukaan. Lipstick, teman setia wanita yang selalu dibawa ke mana sahaja! ("v")



Sebatang lipstick ibarat sekuntum mawar buat wanita. Memilikinya mampu membuatkan wanita tersenyum. Apatah lagi tatkala olesan warnanya terlakar di bibir. Bibir kan tampak mekar. Penampilan juga lebih menarik, ayu lagi menyerlah. (~,~)



Hari ini, pasaran menawarkan berbagai pilihan warna lipstick. Samada warna-warna lembut, warna-warna gelap mahupun warna-warna terang. Sambar sahaja yang mana suka (^_^). Tidak kurang juga ada wanita yang gemar menyimpan koleksi lipstick beraneka warna.



Kadangkala, wanita terasa lebih yakin apabila solekan menyelaputi wajah. Kadangkala juga, solekan bibir menjadi keutamaan. Bibir pastinya menjadi tumpuan tatkala lontaran idea dan kata-kata indah terzahir. Bibir tetap memainkan peranan. ( ' v ' )





Bercakap mengenai lipstick, mari kita perhatikan lipstick yang kita gunakan setiap hari. Semakin hari, lipstick akan semakin memendek bukan? (",)


Biasanya, kita akan mengoleskan lipstick ke bibir seperti gambar di atas. Mudah dan pantas. Tetapi lama-kelamaan, lipstick akan semakin pendek sehinggakan kita tidak lagi dapat mengoleskan lipstick seperti ini. Ini kerana, lipstick yang tinggal cuma berada di bahagian dalam bekasnya sahaja. ('_')


Jadi, kita masih dapat menggunakan lipstick tersebut jika kita memalitkannya ke atas berus lipstick. (0_0)




Dan kita akan memakainya seperti ini. Langkah ini sebenarnya dapat mengelakkan kita daripada terus membuang lipstick tersebut padahal bakinya masih ada di dalam bekas lipstick. Sayang untuk dibuang kerana harga sebatang lipstick tidak murah. Sementara itu, kita sudah boleh bersedia membekalkan wang untuk mencari lipstick yang baru.. ($_$).



Nak lebih jimat lagi? Ada caranya... Tak perlu membeli berus lipstick di pasaraya. Sebaliknya, gunakan sesuatu yang memang telah sedia ada di dalam rumah. Ya...putik kapas ini mampu menggantikan berus lipstick. Harganya jauh lebih murah. Mudah kan? (*v*)


Wang dapat dijimatkan. Kandungan lipstick dapat dimanfaatkan. Berjimat cermat memang menguntungkan. Bibir sudah cantik...jangan lupa, senyuman juga mesti manis. Biar hidup bertambah ceria dan bermakna. Warnai bibirmu, warnai hidupmu! Sekian. (^v^)


~Mieya Kasih~

Selasa, 26 Jun 2012

Dia Musafir...

Assalamualaikum w.b.t

Asalnya hari ni nak post entry tajuk lain... Tetapi disebabkan ada kejadian aneh yang berlaku terhadap diriku sebentar tadi, jadi aku pun tergerak hati nak share pasal kejadian tu...


Semuanya bermula apabila ada seorang lelaki datang kepadaku. Kira-kira pukul 1 tengah hari tadi. Dia menghampiriku dengan berpakaian kemeja lusuh berwarna putih. Ditangannya terdapat sebuah kad tebal berwarna putih, bersaiz A4. Dia mengucup kad tersebut sebelum menyuakannya kepada aku.

Aku? Sedikit tergamam.
"Ini pemberian percuma..." kata lelaki tersebut.
"Percuma?" Tanyaku hairan.
"Pemberian percuma..." ulangi lelaki tersebut.
"Terima kasih." Aku sambut pemberian ikhlas tersebut. Ianya berupa sepotong ayat al-Quran yang dicetak dalam bentuk 3D.
"Nak minta derma." kata lelaki tersebut yang mengaku dirinya sebagai seorang musafir dari negara mana, aku tidak ingat.
"Apa?" soalku sepatah.
"Nak minta derma ikhlas." Lalu aku membuka laci, mengeluarkan wang biru berjumlah Rm1. Menderma mengikut kemampuan aku.

Aku menyerahkan wang tersebut kepada lelaki tersebut. Lelaki itu memandang wang yang aku hulurkan sebelum dia menyambutnya.
"Sepuluh ringgit." kata lelaki tersebut.
"Kenapa?" soalku kembali.
"Itu 3D harganya sepuluh ringgit." beritahu lelaki itu.
"Hah?" aku terkejut.
"Semua orang bagi sepuluh ringgit untuk 3D itu.." beritahu lelaki bergelar musafir itu lagi.
"Ini kena bayar?" soalku sambil mengambil kad 3D yang aku letakkan di atas meja sebentar tadi.
"Ya." kata lelaki itu tanpa perasaan bersalah.
"Tadi U cakap ini pemberian percuma, kenapa sekarang I kena bayar?" tanyaku kembali. Lelaki tersebut cuma diam sambil mengambil semula kad 3D itu. Aku membiarkan sahaja.
"Masyaallah..." ucap lelaki itu kemudiannya sambil mengucup kembali kad tersebut. Duit Rm1 yang aku berikan masih di genggamannya.
"Ada baju seperti ini?" tanya lelaki itu sambil menyentuh kemeja lusuhnya dengan hujung jari.
"Tak ada." jawabku sepatah. Lalu lelaki itu berlalu pergi...bersama Rm1 yang aku berikan.

Yang peliknya, dia ambil semula pemberian ikhlasnya sebentar tadi hanya kerana tidak dibayar Rm10. Tetapi tanpa rasa bersalah, tak pula dia pulangkan duit aku. Iyalah, bukannya aku kedekut atau berkira sangat. Tapi apa motifnya dia buat macam tu. Beri barang, lepas tu ambil balik. Beri barang, lepas tu minta duit yang sama nilai dengan barang tu. Macam tu pemberian ikhlas ke namanya? Kenapa dia cakap, 'ini pemberian percuma'?? Percuma...tapi kena bayar. Percuma ke macam tu?

Bukan aku berkira nak beri derma, tapi aku bengang juga la dengan helah yang dia buat tu. Beri barang percuma dan kemudiannya minta bayaran. Agaknya masa dia cakap nak minta derma tu, dia berharap aku akan kasi Rm 10 atau lebih lah kan... Kalau aku mampu...Insyaallah. Kalau nak jual barang, cakaplah nak jual barang. Jangan cakap nak beri percuma. Helah apa yang dia pakai ni... menyakitkan hati ada la..

Sebelum ni ada juga seorang lelaki datang jual kad 3D macam tu. Cantik-cantik...dua sekali aku beli. Ha...kan senang macam tu. Jual betul-betul, takde nak berhelah-helah atau madah berhelah. Orang nak beli, terus tak jadi beli. Dah, cukuplah membebel buat hari ni. Titik.

Ha...yang ini pula gambar dua kad 3D yang aku beli dari lelaki pertama haritu. Cantik-cantik kan... Yang pertama tu, gambar Madinah. Yang kedua tu pula, gambar Makkah. Bila melihat kepada gambar-gambar ni, rasa teringiiiiiinnnn nak pergi sana. Insyaallah..




Ok, itu sahaja. Sekian, terima kasih.


~Mieya Kasih~


Sabtu, 16 Jun 2012

Ramadhan Semakin Dekat

Assalamualaikum w.b.t....


Bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberikan aku kesempatan untuk menulis lagi di ruangan ini, di blog yang aku sayangi ini. Ketika ini, aku berada di dalam kesihatan yang kurang baik. Aku dijangkiti selesema dan batuk-batuk kecil. Moga-moga, kesihatanku akan kembali pulih seperti sediakala secepat mungkin.
Sebagai pelajar, aku sedang berada di musim exam. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan baik. Cuma, masih ada satu paper yang bakal kutempuhi. Dalam leteran sang ibu semalam, emak sempat menyelitkan mesej kepadaku, agar aku menyambung pengajianku ke peringkat master kelak. Yang itu...akan aku fikirkan kemudian.

Ramadhan...di saat ini aku sedang merindui bulan yang indah ini. Bulan ramadhan yang dirahmati. Aku berharap, semoga Allah mengurniakan aku kesihatan yang baik agar dapat aku menikmati kesyahduan di bulan ramadhan ini dengan sempurna. Ramadhan yang lalu, aku demam campak. Jadi aku cuma berkurung di dalam rumah. Daifnya aku, kerana bersedih dengan ujianNya pada ketika itu. Ampunkan aku Ya Allah. Namun aku bersyukur kepadaMu kerana telah menyembuhkan aku kembali. Malah, kehidupanku lebih bermakna selepas itu.

Mengenang detik ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi, menggamit aku untuk menyelak memori silam. Di saat zaman kanak-kanakku yang berwarna-warni. Ketika itu, kami adik beradik baru nak belajar berpuasa. Janji emak, siapa yang puasa penuh akan dapat duit raya lebih. Rm10. Bagi kami, 'duit merah' itu amat besar nilainya. Dan kami akan menjadi 'orang kaya' di pagi Syawal.
Kadangkala kami terlupa erti lapar. Kami tetap bermain seperti biasa di luar rumah. Saling berkejaran atau berlumba basikal. Selepas penat bermain, kami akan menjengah emak di dapur. Alangkah terujanya kami ketika itu bila melihatkan emak telah siap menyediakan hidangan berbuka puasa. Emak akan masak kuih melaka, kuih lompang, karipap, agar-agar dan banyak lagi. Air sirap emak yang kadang-kadang berwarna hijau tambah membangkitkan selera kami. Bila ayah pulang dari bekerja, selalu juga ayah belikan murtabak atau cendol untuk kami. Murtabak...ya, inilah kegemaran aku. Sampai ke hari ini, pasti murtabak yang aku cari dulu bila menjelangnya ramadhan.

Tahun ini, aku akan menikmati ramadhan di samping keluarga tercinta. Tentunya ramadhan kali ini lebih meriah memandangkan keluargaku mempunyai seorang ahli baru. Dhia Qisya Salsabila, anak saudaraku yang berusia enam bulan pastinya mencuit hati kami dengan kaletah manjanya setiap hari. Mohd Qayyum Adib, anak saudaraku yang berusia lima tahun, tetap manja walaupun dah besar dan dah jadi abang. Kuih muih untuk berbuka, kena sorokkan dulu sebab nanti si budak Qayyum akan makan sampai habis sebelum tibanya waktu berbuka. Qayyum dah besar, nampaknya Qayyum pun dah boleh mula belajar berpuasa.

Nampaknya ini sahaja coretanku buat kali ini. Semestinya aku tidak sabar untuk menyambut ramadhan, bulan yang mulia dan indah itu. Aku berharap, semoga ramadhan kali ini akan dapat mengeratkan lagi kebahagiaan dan kemesraan keluargaku. Begitu juga dengan anda semua di luar sana, semoga sentiasa beroleh rahmat dan kebagaiaan hendaknya. Sekian.
Salam rindu ramadhan.

~Mieya Kasih~


Sabtu, 21 April 2012

Temani Langkahmu

Lumrah seorang wanita, gemar menghabiskan masa di shopping complex. Naluri kewanitaan, pasti hanya inginkan yang cantik, bukan? Sekali terjah shopping complex tu, yang cantik di mata, berkenan di hati, kalau boleh semuanya nak dimiliki. Bukan satu, bukan dua, tapi kalau boleh satu kedai nak dibawa balik kan! Betul atau tidak??? ($_$)

Wanita semestinya hebat jika mampu memiliki koleksi barangan peribadi yang cantik-cantik belaka. Misalnya, kasut yang sentiasa cantik di kaki. Kalau nak sarungkan kasut, mesti nak sesuaikan dengan handbag, dengan skirt, dengan baju, dengan labuci baju pun ada! Lerrr..... (*,*)

Al maklumlah kan, takkan bila buka lemari kasut nak pemandangan macam ni kan. Hehehihi... (''_,)


Ok, bagi pengumpul kasut tegar, adakah anda fikir anda sudah memiliki kesemua design kasut di pasaran? Jom sama-sama kita semak, himpunan kasut yang unik dan menarik ini. Jeng jeng... (^ v ^)


~Nampak comel~




~Sesuai untuk keselamatan diri, bole wat lastik~


~Bole kasi anak/adik anda main papan gelongsor~




~Kulit pisang, jangan buang merata-rata~





~Cantik je~




~Bole bawa 'kawan' anda ini bersiar-siar~




~Yang ini nampak menarik kan!~




~Sarapan pagi anda~




~Penggemar spaghetti wajib beli...~



~Unik, comel, klasik, cantik :) ~




~ Hensem ape...hihihehe~


Amacam? Mau beli? Anda mungkin pengumpul kasut tegar yang paling hebat jika memiliki kesemua kasut ini. Ada bran??? (@_@)