Selasa, 26 Jun 2012

Dia Musafir...

Assalamualaikum w.b.t

Asalnya hari ni nak post entry tajuk lain... Tetapi disebabkan ada kejadian aneh yang berlaku terhadap diriku sebentar tadi, jadi aku pun tergerak hati nak share pasal kejadian tu...


Semuanya bermula apabila ada seorang lelaki datang kepadaku. Kira-kira pukul 1 tengah hari tadi. Dia menghampiriku dengan berpakaian kemeja lusuh berwarna putih. Ditangannya terdapat sebuah kad tebal berwarna putih, bersaiz A4. Dia mengucup kad tersebut sebelum menyuakannya kepada aku.

Aku? Sedikit tergamam.
"Ini pemberian percuma..." kata lelaki tersebut.
"Percuma?" Tanyaku hairan.
"Pemberian percuma..." ulangi lelaki tersebut.
"Terima kasih." Aku sambut pemberian ikhlas tersebut. Ianya berupa sepotong ayat al-Quran yang dicetak dalam bentuk 3D.
"Nak minta derma." kata lelaki tersebut yang mengaku dirinya sebagai seorang musafir dari negara mana, aku tidak ingat.
"Apa?" soalku sepatah.
"Nak minta derma ikhlas." Lalu aku membuka laci, mengeluarkan wang biru berjumlah Rm1. Menderma mengikut kemampuan aku.

Aku menyerahkan wang tersebut kepada lelaki tersebut. Lelaki itu memandang wang yang aku hulurkan sebelum dia menyambutnya.
"Sepuluh ringgit." kata lelaki tersebut.
"Kenapa?" soalku kembali.
"Itu 3D harganya sepuluh ringgit." beritahu lelaki itu.
"Hah?" aku terkejut.
"Semua orang bagi sepuluh ringgit untuk 3D itu.." beritahu lelaki bergelar musafir itu lagi.
"Ini kena bayar?" soalku sambil mengambil kad 3D yang aku letakkan di atas meja sebentar tadi.
"Ya." kata lelaki itu tanpa perasaan bersalah.
"Tadi U cakap ini pemberian percuma, kenapa sekarang I kena bayar?" tanyaku kembali. Lelaki tersebut cuma diam sambil mengambil semula kad 3D itu. Aku membiarkan sahaja.
"Masyaallah..." ucap lelaki itu kemudiannya sambil mengucup kembali kad tersebut. Duit Rm1 yang aku berikan masih di genggamannya.
"Ada baju seperti ini?" tanya lelaki itu sambil menyentuh kemeja lusuhnya dengan hujung jari.
"Tak ada." jawabku sepatah. Lalu lelaki itu berlalu pergi...bersama Rm1 yang aku berikan.

Yang peliknya, dia ambil semula pemberian ikhlasnya sebentar tadi hanya kerana tidak dibayar Rm10. Tetapi tanpa rasa bersalah, tak pula dia pulangkan duit aku. Iyalah, bukannya aku kedekut atau berkira sangat. Tapi apa motifnya dia buat macam tu. Beri barang, lepas tu ambil balik. Beri barang, lepas tu minta duit yang sama nilai dengan barang tu. Macam tu pemberian ikhlas ke namanya? Kenapa dia cakap, 'ini pemberian percuma'?? Percuma...tapi kena bayar. Percuma ke macam tu?

Bukan aku berkira nak beri derma, tapi aku bengang juga la dengan helah yang dia buat tu. Beri barang percuma dan kemudiannya minta bayaran. Agaknya masa dia cakap nak minta derma tu, dia berharap aku akan kasi Rm 10 atau lebih lah kan... Kalau aku mampu...Insyaallah. Kalau nak jual barang, cakaplah nak jual barang. Jangan cakap nak beri percuma. Helah apa yang dia pakai ni... menyakitkan hati ada la..

Sebelum ni ada juga seorang lelaki datang jual kad 3D macam tu. Cantik-cantik...dua sekali aku beli. Ha...kan senang macam tu. Jual betul-betul, takde nak berhelah-helah atau madah berhelah. Orang nak beli, terus tak jadi beli. Dah, cukuplah membebel buat hari ni. Titik.

Ha...yang ini pula gambar dua kad 3D yang aku beli dari lelaki pertama haritu. Cantik-cantik kan... Yang pertama tu, gambar Madinah. Yang kedua tu pula, gambar Makkah. Bila melihat kepada gambar-gambar ni, rasa teringiiiiiinnnn nak pergi sana. Insyaallah..




Ok, itu sahaja. Sekian, terima kasih.


~Mieya Kasih~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan