Ahad, 8 Julai 2012

~Warna di Bibirmu~

Apakah warna bibir anda hari ini? Merah? Jingga? Coklat? Atau merah jambu? Setiap wanita pastinya gemar mengoleskan bibir mereka dengan warna-warna kesukaan. Lipstick, teman setia wanita yang selalu dibawa ke mana sahaja! ("v")



Sebatang lipstick ibarat sekuntum mawar buat wanita. Memilikinya mampu membuatkan wanita tersenyum. Apatah lagi tatkala olesan warnanya terlakar di bibir. Bibir kan tampak mekar. Penampilan juga lebih menarik, ayu lagi menyerlah. (~,~)



Hari ini, pasaran menawarkan berbagai pilihan warna lipstick. Samada warna-warna lembut, warna-warna gelap mahupun warna-warna terang. Sambar sahaja yang mana suka (^_^). Tidak kurang juga ada wanita yang gemar menyimpan koleksi lipstick beraneka warna.



Kadangkala, wanita terasa lebih yakin apabila solekan menyelaputi wajah. Kadangkala juga, solekan bibir menjadi keutamaan. Bibir pastinya menjadi tumpuan tatkala lontaran idea dan kata-kata indah terzahir. Bibir tetap memainkan peranan. ( ' v ' )





Bercakap mengenai lipstick, mari kita perhatikan lipstick yang kita gunakan setiap hari. Semakin hari, lipstick akan semakin memendek bukan? (",)


Biasanya, kita akan mengoleskan lipstick ke bibir seperti gambar di atas. Mudah dan pantas. Tetapi lama-kelamaan, lipstick akan semakin pendek sehinggakan kita tidak lagi dapat mengoleskan lipstick seperti ini. Ini kerana, lipstick yang tinggal cuma berada di bahagian dalam bekasnya sahaja. ('_')


Jadi, kita masih dapat menggunakan lipstick tersebut jika kita memalitkannya ke atas berus lipstick. (0_0)




Dan kita akan memakainya seperti ini. Langkah ini sebenarnya dapat mengelakkan kita daripada terus membuang lipstick tersebut padahal bakinya masih ada di dalam bekas lipstick. Sayang untuk dibuang kerana harga sebatang lipstick tidak murah. Sementara itu, kita sudah boleh bersedia membekalkan wang untuk mencari lipstick yang baru.. ($_$).



Nak lebih jimat lagi? Ada caranya... Tak perlu membeli berus lipstick di pasaraya. Sebaliknya, gunakan sesuatu yang memang telah sedia ada di dalam rumah. Ya...putik kapas ini mampu menggantikan berus lipstick. Harganya jauh lebih murah. Mudah kan? (*v*)


Wang dapat dijimatkan. Kandungan lipstick dapat dimanfaatkan. Berjimat cermat memang menguntungkan. Bibir sudah cantik...jangan lupa, senyuman juga mesti manis. Biar hidup bertambah ceria dan bermakna. Warnai bibirmu, warnai hidupmu! Sekian. (^v^)


~Mieya Kasih~