Isnin, 27 Disember 2010

Cinta Jarak Jauh

Tanyalah pada semua orang...siapa yang mahu bercinta cara sebegini kan... Berjauhan...jarang-jarang berjumpa...hanya telefon dan internet menjadi penghubung. Tentulah rindu pun semakin hari semakin menebal kan.

Bila dah bercinta, mestilah setiap hari kita nak berjumpa. Mendengar suara...bertatap muka...berjalan bersama...makan bersama...dan menonton wayang bersama...

Itulah aku... Pasangan cinta jarak jauh. Malah sejak awal perkenalan lagi kami dipisahkan. Saat bahagia sedang berputik, saat bunga-bunga belum lagi berkembang, saat merpati baru hendak mula berlagu...aku terpaksa pergi jauh darinya. Aku tidak dapat lagi mengisi hari-harinya dengan mekar senyuman.

Kenapa? Kerna aku mendapat tawaran sambung belajar di negeri kelahiranku. Keluaraga aku juga mahu aku berhenti belajar di kolej swasta kerana mereka lebih suka aku belajar di ipt kerajaan. Aku ikutkan saja dan dia merestuinya. Kami berpisah namun tidak bercerai kasih. Hanya berjauhan untuk seketika. Dan pada hari perpisahan itu, terlalu berat untuk aku meninggalkannya. Aku dapat melihat hatinya melalui wajahnya. Rawan...

Pada cuti-cuti semester, aku kembali ke kolej. Bertemu semua kawan-kawan dan dia. Indahnya saat itu. Dan paling best, aku juga ikut masuk dan belajar di kuliah mereka. Aku duduk di sebelah dia. Lecturer pun tak kisah. "Kenapa datang sini?" Tanya lecturer aku. "Cuti!" Jawabku penuh teruja. "Duduk diam-diam, jangan kacau dia." Pesan lecturer aku lagi. Baik miss... Ha ha ha... Bestnya!!!

Hari ini...kami masih lagi berjauhan. Dia di Kuala Lumpur dan aku di Pulau Pinang. Hanya sesekali kami bertemu. Alhamdulillah...empat tahun usia percintaan...kami masih berkekalan. Ada juga yang bertanya, adakah aku mempercayainya sedangkan kami berjauhan. Ya...memang aku percaya. Aku percaya pada cinta ini dan aku percaya pada kesetiaannya. Cinta kami seteguh karang di lautan. Biar dilanda badai, takkan berkecai.

Bersama dia...aku bahagia. Sangat bahagia. Dia memahami aku. Dia matang. Dia jujur. Dia banyak menasihati aku tentang segala-galanya. Dialah guru terbaik aku. Wira aku. Hero aku. Yang paling aku suka, ketika dia bercakap bla bla bla.... Apa tu? He he he...ketika dia bercakap panjang lebarlah. Ketika dia menyampaikan sesuatu di dalam kelas, ketika dia turut berkongsi idea bila ada kawan-kawan kami yang meminta bantuan dan ketika dia menasihati aku. Aku suke bangat!!!! Hiiii....! Idea dia memang bernas, padat dan penuh isi. Pendek kata, tak payah bazir yuran pergi kuliahlah! He he hee...

Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerna mempertemukan aku dengan insan ini. Benar kata mak, Allah pisahkan kita dengan seseorang kerna dia tidak sesuai dengan kita. Dan Allah pasti akan mengurniakan insan yang benar-benar sesuai dengan kita. Supaya kita bahagia dan tenteram. Alhamdulillah...

Ahad, 12 Disember 2010

Tak Pernah Jumpa!

Sekarang ni aku ngah study...coz malam besok ada exam lagi..

Go to fullsize image

Hmm...siang tadi pun ada exam gak..kul 2 pm..subjek..geografi..hehe...last amik paper geografi time aku pmr tau...tau2 skang kna blajar balik...lamanya aku tinggalkn subjek tu..

Seperti biasa...kat dalam dewan exam...aku pun menjawab setiap soalan dengan tekunnya...mestilah sbb nak lulus kan! Jawab punya jawab punya jawab punya jawab....sedar x sedar dah tinggal lagi sepuluh minit masa akan tamat. Ok la..aku pun sikit je lagi nak tulis.

Lepas tu...ada sorang gadis cina kat depan aku. Dia bangun. Dah habis jawab lah tu. Baguslah kalau dia dah abes jawab paper tu. Yang x bagusnya cara dia bangun tu...dengan kasarnya! Kasar je xpelah, ni sampai langgar sempadan aku! Bila dia bangun tu, dia tolak kerusi tanpa pandang belakang lagi, siap ngan meja2 aku ditolaknya...heeeiiii....! Mestilah aku rasa nak marah.. Aku tengah jawab exam wei!!!

Go to fullsize image

Dah tu, bukan nak mintak maaf ke apa, terus blah macam tu je... Manusia ke tu??? Meja yang kau tolakkan ni aku kena betulkan sendiri ke? Nasib baik tak terconteng ke apa kat atas paper aku..

Memang aku tak pernah jumpa lagi la manusia perangai macam ni. Dan aku harap aku takkan jumpa lagi ngan jenis manusia macam ni.. Menyakitkan hati dan mendera perasaan ajelah! Sabar ajelah..

Jumaat, 10 Disember 2010

Kenapa blog ini tercipta....?

Kenapa agaknya blog ini wujud? Tetiba je kan terciptanya blog mieya kasih yang menjadi milik aku. Sebenarnya aku tak kisah pun samada aku ada blog atau pun tak...bagi aku sama je...bukannya aku ada kisah-kisah menarik pun.

Tapi...blog ini tercipta atas desakan seseorang...insan yang paling rapat dengan aku dalam hidup aku. Tak lain tak bukan....dia adalah adik aku sendiri..penyandang status bongsu dalam family aku.. Berkali-kali dia desak aku supaya buat blog macam dia. Dia kata..kat sini aku boleh luahkan macam2.. Sebab dah tak tahan dengar sok sek sok sek dia...lalu di suatu malam yang indah...aku pun buat la blog ni...nah!

Menarik juga kan...hehe...! Dikda...kakcik wat blog ni semata-mata sbb dikda yg suruh.. Tapi sekarang ni..kakcik nak suruh dikda jadi pengikut blog kakcik pulak! Hahaha... Follow me! ("_,)

  Haa...ni lah dikda aku...jgn mare ye dikda...kakcik amik pic dikda ni...dadada!